Skip to main content

Seperti yang kami laporkan tahun lepas, Modus Game mengumumkan permainan Trine seterusnya, Trine 4: The Nightmare Prince bakal tiba tahun ini. Terkini, bersempena dengan pelancaran video acah permainan tersebut, mereka juga mengumumkan bahawa Trine: Ultimate Collection juga bakal dilancarkan secara bersama.

Frozenbyte, iaitu pembangun permainan tersebut hari ini memperlihatkan video acah baharu Trine 4: The Nightmare Prince yang mana ianya memperlihatkan kandungan dan bentuk permainan tersebut.

Trine 4: The Nightmare Prince akan memfokuskan penceritaan baharu bersama watak Amadeus, Pontius dan Zoya. Melaluinya, pemain tersebut akan mengekalkan bentuk tekaria platform 2.5D daripada Trine 1 dan Trine 2 dengan visual grafik baharu bersama bentuk persekitaran dinamik. Seperti biasa, permainan ini juga akan menyertakan mod multi-pemain secara atas-talian dan luar talian dengan pelbagai kemahiran yang pemain boleh belajar dan gunakan.

Menurut mereka, permainan tersebut bakal tiba pada musim luruh tahun ini iaitu sekitar September sehingga November di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC.

Selain itu, Modus Game juga mengumumkan Trine: Ultimate Collection juga bakal dilancarkan dan ianya akan menyertakan permainan Trine: Enchanted Edition, Trine 2: Complete Story, Trine 3: The Artifacts Of Power dan juga permainan Trine 4: The Nightmare Prince di atas. Akan tetapi, Trine: Ultimate Collection ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC sahaja. Menurut mereka juga, edisi koleksi ini juga akan dilancarkan secara bersama

Kami sendiri sangat menyukai siri permainan Trine ini dan sudah pasti kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang pengumuman baru oleh Modus Games dan Frozenbyte kelak.

Leave a Reply