Informasi Permainan Video Terkini
CD Projekt Red Mengumumkan Penambahan Untuk Gwent – Crimson Curse
PC

CD Projekt Red Mengumumkan Penambahan Untuk Gwent – Crimson Curse

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Gwent menerima perubahan yang besar melalui projek Homecoming sebelum ini. Buat masa ini mereka tidak berkongsi mengenai penerimaan permainan tersebut yang sebelum ini makin berkurang, memaksa mereka melancarkan projek Homecoming tersebut.

Namun, hari ini mereka memperlihatkan komitmen CD Projekt Red untuk permainan tersebut apabila mengumumkan penambahan baharu iaitu Crimson Curse yang akan menyertakan lebih 100 kad baharu, 31 kad neutral dan 14 kad berdasarkan puak.

Buat masa ini mereka mengumumkan 5 kad yang disertakan di dalam penambahan tersebut dan akan mula berkongsi kad-kad lain sebelum ia dikeluarkan pada 28 Mac kelak.


TIPS & ULASAN