Apex Legends meneruskan pemecahan rekod mereka apabila mengumumkan yang selepas sebulan dikeluarkan, permainan tersebut kini mempunyai lebih 50 juta pemain.
Jumlah tersebut dikongsi kan oleh Vince Zampella iaitu ketua pengawal eksekutif untuk Respwan Entertainment melalui kicauan di akaun Twitter peribadi beliau.
Permainan tersebut sebelum ini mencapai 1 juta pemain dalam masa 8 jam, dan 10 juta pemain dalam masa tiga hari. Sebagai perbandingan, Fortnite sebelum ini mengambil 2 dan setengah bulan untuk mencapai 30 juta pemain.
Namun, Apex Legends masih perlu mengejar Fortnite yang pada tahun lepas mengumumkan yang mereka mempunyai lebih 200 juta pemain. Apapun, ini adalah satu pencapaian yang baik buat Respawn dan juga EA.