Informasi Permainan Video Terkini
Two Point Mengumumkan DLC Baharu Untuk Two Point Hospital – Pebberley Island
PC

Two Point Mengumumkan DLC Baharu Untuk Two Point Hospital – Pebberley Island

Diterbitkan pada Mac 5, 2019 oleh .

Two Point hari ini mengumumkan DLC baharu untuk Two Point Hospital iaitu Pebberley Island yang akan dikeluarkan pada 18 Mac 2019. Melalui DLC ini, pemain akan mengurus hospital yang berada di kepulauan.

Selain itu ia juga akan menyertakan 3 senario baharu bersama dengan 3 hospital berlainan yang pemain perlu mengurus bagi mencapai sasaran yang diperlukan.

Ia juga akan menyertakan tiga bilik rawatan dan 34 penyakit baharu yang mempunyai keunikan tersendiri. Terdapat juga pelbagai perhiasan baharu untuk menghias hospital anda

Ini merupakan DLC kedua buat permainan tersebut selepas mereka mengeluarkan DLC Bigfoot pada akhir tahun lepas. DLC ini boleh didapati melalui Steam dengan harga RM20.70 sehingga 18 Mac, dan RM23 selepas itu.

Bacaan Lanjut: Ulasan Two Point Hospital – Permainan Simulasi Hospital Yang Menyeronokkan



TIPS & ULASAN