Pada tahun lepas, Sony telah membuka kes terhadap Eric David Scales yang menjual PS4 yang telah di-godam serta permainan cetak rompak untuk dimainkan di PS4 tersebut.
Sony kemudian menyaman beliau dengan nilai $20.3 ribu(~RM81 ribu) iaitu $200 untuk setiap permainan cetak rompak dan $800 untuk konsol yang dijual. Eric semasa saman dilakukan mempunyai 2 konsol PS4 untuk dijual dan 76 permainan cetak rompak.
Buat masa ini, tertuduh tidak menghadiri sebarang sesi mahkamah, yang membuatkan Sony memfailkan pertuduhan secara terus yang kemungkinan besar akan diterima oleh penghakiman.