Informasi Permainan Video Terkini
Casio Umum Jam Tangan G-Shock Rekaan Khas Sempena Ulang Tahun Ke-40 Siri Gundam

Casio Umum Jam Tangan G-Shock Rekaan Khas Sempena Ulang Tahun Ke-40 Siri Gundam

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

2019 merupakan ulang tahun ke-40 buat siri Gundam dimana robot mecha tersebut mula dipertayangkan di kaca TV bermula tahun 1979. Bersempena dengan itu, Casio bekerjasama bersama Sunrise dengan membawa set jam tangan G-Shock khas dengan rekaan Gundam.

Terdapat 3 rekaan Gundam dan 1 Zaku yang diumumkan oleh Casio dimana setiap satu tersedia kotak pembukungsan khas denga rekaan Haro. Antara 3 rekaan Gundam tersebut adalah RX-78-2 Gundam, Unicorn Gundam dan Banshee Gundam. Manakala satu lagi adalah rekaan robot mecha MS-06S Zaku II Char atau lebih dikenali sebagai Red Comet.

Berikut adalah senarai harga buat jam G-Shock tersebut. Namun ianya tidak termasuk untuk kos penghantaran:

  • RX-78-2 Gundam G-Shock – 1,390 Yuan (~RM847)
  • MS-06S Char’s Zaku II G-Shock – 1,090 Yuan (~RM664)
  • RX-0 Unicorn Gundam G-Shock – 1,090 Yuan (~RM664)
  • X-0 Unicorn Gundam 02 Banshee G-Shock – 1,690 Yuan (~RM1,030)

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkannya, anda boleh melayari laman rasmi Casio Taobao untuk membuat pra-tempahan dan ianya bakal dilancarkan pada pertengahan tahun ini.


TIPS & ULASAN