Informasi Permainan Video Terkini
(Ura-ura) Activision Bakal Mengeluarkan Modern Warfare 2 Remastered

(Ura-ura) Activision Bakal Mengeluarkan Modern Warfare 2 Remastered

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

Berdasarkan penyenaraian di PEGI sebelum diturunkan, Modern Warfare 2 Remastered akan dikeluarkan oleh Activision. Modern Warfare yang pertama sebelum ini dikeluarkan versi Remastered sebagai pembelian bersama untuk Call of Duty: Infinite Warfare.

Walaupun buat masa ini tiada pengumuman rasmi oleh Activision, namun kemungkinan besar ia akan dikeluarkan sebagai pembelian bersama dengna Call of Duty: Modern Warfare 4 yang turut diura-urakan sebagai permainan seterusnya untuk siri Call of Duty.

Selain itu, ada kemungkinan ia akan dikeluarkan secara berasingan bersempena ulang tahun ke-10 permainan tersebut akan akan disambut pada tahun ini. Apapun, ia sudah semestinya satu permainan yang menarik untuk menerima olahan semula.


TIPS & ULASAN