Dalam masa satu minggu, kutipan Alita: Battle Angel mencapai RM128 Juta. Filem yang diadaptasi daripada komik Battle Angel Alita yang dihasilkan oleh Yukito Kishiro menerima sambutan yang agak baik. Kini, setelah hampir sebulan ia ditayangkan – kutipan filem ini meningkat.

Kutipan Box Office dunia buat filem ini mencapai $350 Juta, iaitu lebih daripada RM1.4 Bilion. Kutipan di Malaysia pula, mencatatkan jumlah $4.4 Juta – iaitu sekitar RM18.2 Juta. Sebelum ini di Malaysia, kutipan yang direkodkan hanya sekitar RM11.8 Juta sahaja. Lebih RM6 Juta meningkat ini bermakna, sambutan filem ini di Malaysia agak baik.
Bagi yang masih tertanya Alita ini kisah mengenai apa dan siapa? Ia secara asasnya adalah mengenai sebuah robot di masa hadapan. Anda juga boleh tonton video ulasan kami dalam segmen Jeda Sat