Informasi Permainan Video Terkini
Krypton Musim Kedua Tamat Rakaman – Akan Disiarkan Tidak Lama Lagi

Krypton Musim Kedua Tamat Rakaman – Akan Disiarkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Mac 4, 2019 oleh .

Krypton adalah siri TV mengenai asal-usul Superman, atau lebih tepat adalah sejarah mengenai moyang Superman. Kisah ini berada di planet Krypton sebelum ia hancur. Siri TV ini bermula pada Mac tahun lepas melalui musim pertama dan episod akhirnya agak tergantung.

Akhirnya, sekian lama menyepi – Krypton musim kedua kini rasmi. Rakaman musim kedua Krypton dilaporkan sudah tamat dan akan disiarkan di saluran SyFy tidak lama lagi. Menurut penulis siri TV ini, musim kedua akan penuh dengan kejutan dan akan mempunyai seseuatu yang istimewa.

Tiada sinopsis, senarai pelakon baru atau tarikh siaran – tetapi bagi peminat DC yang gemarkan Superman, sama-sama kita nantikan.


TIPS & ULASAN