Power Rangers: Battle for the Grid merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh nWay, sebelum ini mereka telah mengumumkan yang permainan tersebut mempunyai bentuk permainan 3 lawan 3.

nWay hari ini berkongsi video acah baharu buat permainan tersebut yang memperlihatkan satu watak jahat yang dikenali ramai iaitu Lord Drakkon. Beliau merupakan versi alternatif Tommy Oliver yang terus kekal menjadi watak jahat. Seperti yang diumumkan sebelum ini, beliau memainkan peranan penting di dalam penceritaan permainan ini.

Menurut video itu lagi, watak Drakkon di dalam permainan ini mempunyai pergerakan yang pantas, walaupun mempunyai pergerakan yang mesra pemain baharu, watak tersebut turut disertakan dengan pelbagai kombo yang memerlukan kemahiran.

Power Rangers: Battle For The Grid bakal tiba April 2019 ini di Playstation 4, Xbox One dan Swich. Manakala versi PC pula bakal tiba sekitar tahun ini.

Sohor Kini