Skip to main content

Dengan pelancaran Devil May Cry 5 yang semakin hampir minggu ini, Capcom hari ini mempertontonkan satu video khas ‘penceritaan setakat ini’ di saluran Youtube rasmi Capcom.

Melalui video tersebut, Capcom memperlihatkan sejarah watak ayah kepada Dante dan Vergil, iaitu Sparda bersama-sama penceritaan yang berlaku antara permainan Devil May Cry pertama sehingga Devil May Cry 4.

Video berdurasikan 2 minit tersebut sememangnya menyimpulkan dengan baik sekali penceritaan Devil May Cry terutamanya buat mereka yang baru mahupun peminat lama dengan siri tersebut. Tambahan itu, dengan pelancaran video trailer terakhir minggu lepas buat permainan tersebut, sudah pasti kami sendiri tidak sabar untuk bermain permainan ini apabila ianya dilancarkan Jumaat ini.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.

Leave a Reply