Judgment iaitu permainan seterusnya oleh pembangun permainan Yakuza kini mendapat satu video acah baharu yang mana SEGA memperlihatkan bentuk dwi-Bahasa buat permainan tersebut bersama-sama dengan kandungan sarikata dengan pelbagai bahasa.
Melaluinya, SEGA memperlihatkan sarikata bahasa Inggeris, Perancis, Itali, Jerman dan Sepanyol. Menariknya juga, seperti yang dilaporkan oleh kami, permainan ini juga menyertakan suara latar secara dwi-bahasa iaitu bahasa Jepun dan bahasa Inggeris.
Judgement adalah permainan esklusif di Playstation 4 dan ianya sebelum ini telah pun dilancarkan di Jepun. Menurut SEGA, permainan ini bakal tiba tahun ini buat pasaran global.