Sebelum ini, Zoink! mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan permainan realiti-maya khas di Playstation VR, iaitu Ghost Giant. Terkini, tarikh pelancaran permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu pada 16 April ini.

Ghost Giant merupakan permainan tekaria realiti-maya yang mana pemain akan mengawal seorang gergasi hantu dan menolong seorang kanak-kanak kucing bernama Louis. Pemain juga bukan sahaja membantu Louis, malah menemani dan menjadi rakan kepada beliau dan membantu segala cabaran yang Louis akan hadapi.

Menurut pembangun, visi permainan ini adalah untuk menghasilkan semula saat kanak-kanak bermain bersama rumah patung, namun dalam bentuk realiti-maya.

Sememangnya ini merupakan satu konsep yang sangat menarik dan bagi anda yang memilik set kepala realiti-maya Playstation VR, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan permainan ini menjelang April ini.

Sohor Kini