Informasi Permainan Video Terkini
Galak-Z: The Void: Deluxe Edition Diumumkan Untuk Switch

Galak-Z: The Void: Deluxe Edition Diumumkan Untuk Switch

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

612 Games dan Golem Entertainment hari ini mengumumkan permainan Galak-Z: The Void: Deluxe Edition bakal tiba di konsol Switch pada 26 Mac 2019. Sebelum ini, Galak-Z: Variant S juga dilancarkan secara percuma di Switch.

Galak-Z sebelum ini dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC dan melalui edisi Deluxe ini, 612 Games akan menyertakan DLC The Void yang akan menyertakan kandungan tambahan seperti bentuk kedudukan atas-talian dan mod arked.

Bagi anda yang meminati permainan penembak arked jet pejuang seakan anime klasik 1980an, kami sendiri sangat mengesyorkan anda untuk mendapatkan permainan menjelang Mac ini.



TIPS & ULASAN