Bersempena dengan pelancaran permainan Left Alive yang semakin hampir, Square-Enix hari ini berkongsi satu video acah khas bersama pembangun permainan tersebut, iaitu pengarahnya, Toshifumi Nabeshima dimana beliau berkongsi ulasan bentuk permainan Left Alive.

Melaluinya, Toshifumi Nabeshima memberi pendapat dan komen berkenaan bentuk permainannya yang mana beliau memberi pilihan untuk pemain bergerak ke objektif pemain sepanjang permainan tersebut. Melaluinya, pemain juga berupaya untuk melakukan sebilangan pilihan laluan yang pemain boleh pilih sama ada dalam bentuk secara terus ataupun secara senyap.

Pemain juga berupaya untuk berinteraksi dengan watak lain di dalam permainan ini dan membuat pilihan yang akan menyebabkan watak tersebut mati ataupun terus hidup.

Left Alive bakal tiba pada 5 Mac ini di Playstation 4 dan PC. Bagi pasaran Malaysia, Sony akan melancarkan permainan ini secara fizikal dan digital dengan harga bermula RM229 dan untuk informasi lanjut berkenaannya anda boleh melayari pautan ini.

Sohor Kini