Informasi Permainan Video Terkini
Trailer Terakhir Devil May Cry 5 Dilancarkan – Watak Yang Dinantikan Peminat Akhirnya Tiba
PC

Trailer Terakhir Devil May Cry 5 Dilancarkan – Watak Yang Dinantikan Peminat Akhirnya Tiba

Diterbitkan pada Mac 1, 2019 oleh .

Capcom hari ini mengejutkan kita dengan satu video trailer terakhir buat permainan Devil May Cry 5, yang mana mereka memperlihatkan sebilangan adegan-adegan permainan tersebut.

Terdapat beberan utama di dalam video trailer dibawah


Melalui video acah tersebut, sememangnya bagi anda yang meminati siri permainan Devil May Cry, sudah pasti akan menanti watak yang diperkenalkan ketika Devil May Cry 3 beberapa tahun lepas. Terkini, melalui video tersebut, Capcom akhirnya memperlihatkan watak Vergil yang mana mungkin akan menjadi fokus utama penceritaan ini.

Walaupun dengan beberan tersebut, kami percaya Capcom melancarkan video trailer ini untuk meningkatkan lagi semangat pemain untuk mendapatkan permainan tersebut dan kami sendiri di Aksiz tidak sabar untuk mengembara bersama Dante, Nero dan V minggu hadapan.

Devil May Cry 5 merupakan permainan Devil May Cry seterusnya oleh Capcom. Permainan ini akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC pada 8 Mac 2019 ini.


TIPS & ULASAN