Skip to main content

Sebelum ini kami berkongsi yang mana permainan oleh VIVA Games, Kill-X kini dijenamakan semula sebagai Immortal Legacy: The Jade Cipher dan ianya bakal tiba Mac ini.

Terkini, Sony Interactive Entertainment mengumumkan tarikh pelancaran bagi pasaran Malaysia buat permainan tersebut yang mana ianya bakal tiba pada tarikh yang sama, iaitu 20 Mac 2019.

Immortal Legacy: The Jade Cipher merupakan permainan realiti-maya yang dibangunkan khas di konsol Playstation 4 dengan Playstation VR oleh VIVA Games. Ianya juga adalah sebahagian daripada initiatif China Hero Project oleh Sony.

Melalui permainan ini, pemain akan mainkan watak utama, Tyre iaitu seorang bekas tentera dan beliau akan mengembara di kepulauan Yingzhou selepas mister kematian ibunya. Bersama-sama dengan Ksana, pemain akan meneroka misteri permainan ini dan juga menyelesaikan kebenaran disebalik kematian ibu Tyre.

Menurut pembangun, permainan ini akan menyertakan 15 jenis senjata unik dan pemain akan mengawalnya dengan alat kawalan Playstation Move termasukan senjata-senjata api, jarak dekat dan juga senjata letupan. VIVA Games juga menyertakan bahawa permainan ini akan mempunyai pelbagai jenis tekaria yang pemain perlu selesaikan.

Selain itu, bersempena dengan pelancarannya, Sony juga mengumumkan kandungan senjata khas iaitu WWII SMG Weapon buat mereka yang membuat pembelian awal sebelum 16 April 2019.

Immortal Legacy: The Jade Cipher akan dilancarkan pada 20 Mac 2019 ini secara esklusif di Playstation VR melalui Playstation 4. Menurut Sony, ianya bakal tiba secara digital sahaja melalui PSN Store dengan harga RM74.

Leave a Reply