Lanjutan daripada acah Epic Games beberapa hari lepas, Fortnite musim ke-8 kini akhirnya bermula secara rasmi dimana Epic Games menyertakan pelbagak kandungan khas bersama.
Melalui musim ke-8 ini, ianya akan bermula hari ini sehingga 8 Mei ini dimana pemain berpeluang untuk mendapatkan pelbagai kostum-kostum menarik khas bertemakan lanun.
Seperti biasa, bagi anda yang memiliki Battle Pass, anda berpeluang untuk mendapatkan 100 jenis ganjaran khas berdasarkan nilai peringkat permainan yang mana bukan sahaja ianya akan menyertakan kostum, malah pemain juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai jenis emote, latar belakang, beg haiwan peliharaan dan sebagainya.

Selain itu, musim ke-8 Fortnite ini juga akan menyertakan kawasan peta baharu yang bertemakan lava bersama-sama senjata meriam khas yang pemain boleh gunakan untuk menembak ke arah bangunan ataupun menembak pemain sendiri untuk terbang ke arah musuh.
Bagi anda yang bermain permainan Fortnite, jangan lepaskan peluang anda untuk mendapatkan Battle Pass musim ke-8 ini dan mendapatkan kesemua ganjaran yang menarik.
Fortnite boleh dimainkan di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC. Ia juga dilancarkan di peranti telefon pintar di iOS dan Android.