Setahun lepas kami melaporkan yang Horizon Zero Dawn telah terjual sebanyak 7.6 juta salinan, hari ini, Guerrilla Games mengumumkan yang permainan tersebut kini terjual sebanyak 10 juta salinan. Ia memperlihatkan peningkatan sebanyak 2.4 juta unit sepanjang tahun 2018.

Pengumuman tersebut dibuat melalui penulisan di blog rasmi Playstation bersempena ulang tahun ke 2 permainan tersebut. Selain berkongsi jumlah terjual, mereka juga memperlihatkan beberapa informasi pembangunan buat permainan tersebut.

Antaranya adalah bagaimana wajah untuk watak Aloy dipilih. Melalui penulisan tersebut, Penerbit Jochen Willemsen, berada di rumah kerana demam dan terlihat filem Belanda yang mempunyai pelakon Hannah Hoekstra yang seterusnya menjadi asas untuk wajah watak utama tersebut.

Tahniah kami ucapkan untuk Guerilla Games dan tidak sabar untuk pengumuman lanjut mengenai Horizon Zero Dawn 2.

Sohor Kini