Skip to main content

Nike adalah satu nama gah di dalam sukan. Mereka menyediakan pelbagai penajaan untuk pelbagai acara dan kini mereka selangkah lagi ke depan di dalam penajaan untuk industri e-sukan.

Mereka hari ini mengumumkan penajaan selama 4 tahun untuk liga League of Legends di China iaitu League of Legends Pro League (LPL). LPL merupakan antara kejohanan terbesar di China yang melibatkan 16 pasukan.

Melalui penajaan ini, Nike akan menyediakan kasut, pakaian harian dan juga jersi. Menurut LPL, jersi keluaran Nike tersebut akan mula dijual kepada umum bermula Mei ini.

Ini bukanlah pertama kali, Nike melibatkan diri di dalam e-sukan, mereka sebelum ini menaja seorang pemain League of Legends iaitu Jian ‘Uzi’ Zihao. Mungkin selepas ini, kita boleh lihat pemain-pemain e-sukan mula memakai jersi yang dihasilkan oleh jenama seperti Nike, Adidas dan Puma.

Leave a Reply