Skip to main content

Dissidia Final Fantasy NT merupakan siri permainan Dissidia seterusnya oleh Square-Enix yang mana sebelum ini ia dilancarkan di kabinet arked sahaja buat pasaran Jepun. Ia dibangunkan oleh Team Ninja dan dilancarkan oleh Square-Enix dan Koei Tecmo.

Permainan ini merupakan eksklusif untuk Playstation 4, namun, hari ini permainan tersebut tersenarai di Steam yang mengesahkan ia akan turut dikeluarkan untuk PC. Selain itu, edisi percuma juga diumumkan untuk kedua-dua konsol yang bakal tiba pada 13 Mac ini.

Melalui edisi ini, pemain hanya diberikan 4 watak sahaja untuk digunakan, watak-watak tersebut akan berubah setiap minggu. Watak-watak yang disertakan melalui DLC tidak akan menjadi sebahagian daripada 4 watak tersebut. Watak-watak tersebut boleh dibeli secara berasingan akan tetapi buat masa ini harga tidak disahkan, jika berdasarkan watak DLC ia dijual dengan harga

Selain itu, edisi ini juga tidak akan mempunyai mod penceritaan. Pemain yang bermain melalui edisi ini boleh bermain bersama atau melawan pemain yang memiliki permainan penuh.

Jika anda tidak berkesempatan sebelum ini, ini adalah peluang untuk anda mencuba. Namun, kami sebelum ini merumuskan permainan ini agak mengecewakan.

[info]Bacaan Lanjut: Ulasan Dissidia Final Fantasy NT – Permainan Perlawanan Yang Huru-Hara[/info]

Leave a Reply