Berdasarkan laporan oleh media Korea Selatan Maeil, EA, Amazon dan Comcast sudah bermula melakukan bidaan untuk mengambil-alih penerbit MapleStory dan Lawbreaker iaitu Nexon.
Selain tiga syarikat tersebut, Tencent dan Netmarble juga bersama melakukan bidaan untuk mendapat pegangan majoriti bagi syarikat tersebut.
Laporan mengenai penjualan Nexon mula dilaporkan pada Januari lepas apabila pengasas syarikat tersebut Kim Jung-ju ingin menjual pegangan beliau yang sebanyak 98.64%. Syarikat tersebut dinilaikan sebanyak $8.9 bilion (~RM36 bilion)
Penjualan ini dijangkakan akan selesai pada bulan Oktober kelak.