Skip to main content

Filem XX Ray 3 baru sahaja ditayangkan pada Januari lepas dan tampaknya ia kini bakal tiba di servis penstriman iFlix pada bulan Mac ini. Menurut iFlix, filem tersebut bakal tiba sebagai filem eksklusif terus dari pawagam.

Sememangnya ini adalah satu pengumuman yang agak mengejutkan memandangkan filem tersebut baru sahaja ditayangkan Januari lepas. Walaupun begitu, ianya juga mendapat pelbagai kritikan dan pengarahnya, Aziz M. Osman menerima kritikkan peminat dan menyatakan di Twitter rasmi beliau bahawa beliau mungkin akan berundur daripada mengarah filem.

Walaubagaimana pun, bagi anda yang meminati siri XX Ray dan masih ingin memberi sokongan terhadap beliau, pastikan anda menonton filem tersebut setelah ia tiba di iFlix menjelang Mac ini.

Leave a Reply