Skip to main content

Sejak Wolverine baiki latar masa X-Men dalam X-Men: Days of Future Past, jalan cerita filem-filem X-Men generasi baru mula berubah dan mula berkait antara satu sama lain. Filem X-Men terbaru yang bakal ditayangkan adalah X-Men: Dark Phoenix.

Tahun lepas, video acah Dark Phoenix telah diperlihatkan. Ia memfokuskan watak Jean Grey atau nama adiwiranya adalah Phoenix. Judul filem ini pasti telah memberi petanda kepada anda, yang Phoenix dalam filem ini akan jadi jahat dan berada di luar kawalan. Video acah terbaru, yang diterbitkan hari ini – memperlihatkan banyak ahli X-Men tewas dan cedera akibat Dark Phoenix. Kita boleh lihat, Beast kecewa dengan Prof. X, Magneto tercekik, Magneto pertahan diri dengan senapang dan banyak lagi.

Filem X-Men: Dark Phoenix mengisahkan Jean Grey bertukar dari Phoenix ke Dark Phoenix. Perkara ini berlaku selepas satu misi di angkasa dan Jean Grey terlibat dengan satu kemalangan. Di bumi, selepas Jean Grey sedar – beliau hilang kawalan akan kuasanya dan terus menjadi jahat. Tambah pula dengan hasutan seorang penjahat, beliau menjadi lebih berkuasa.

Pendapat saya, apa yang saya perhatikan dalam video acah ini adalah – ia seolah filem X-Men: The Last Stand yang diolah semula. Ini kerana; 1) Jean Grey ditimpa kemalangan, 2) Jean Grey menjadi jahat, 3) Ada penjahat hasut Jean Grey untuk gunakan kuasanya dengan lebih dahsyat dan 4) Banyak ahli X-Men cedera. Untuk ketahui apa yang sebenarnya berlaku, saksikan filem ini di pawagam pada 7 Jun 2019 kelak.

Leave a Reply