Skip to main content

Slime Rancher sudah dikeluarkan untuk Playstation 4, Xbox One dan PC pada Ogos tahun lepas. Ia kemudiannya dikeluarkan secara fizikal untuk Playstation 4 dan Xbox One sebulan kemudian.

Hari ini, pembangun permainan tersebut Monomi Park melalui kicauan di akaun Twitter mengumumkan yang Slime Rancher setakat ini telah terjual sebanyak 2 juta unit secara global. Namun, mereka tidak berkongsi pecahan mengikut platform.

Slime Rancher merupakan permainan sandbox dan pandang pertama yang mementingkan pengembaraan. Pemain akan menjadi Beatrix LeBeau iaitu penternak slime. Pemain boleh menangkap pelbagai jenis slimes, bercucuk tanam, dan juga mengembara di persekitaran dunia ‘Far, Far Range’.

Leave a Reply