Skip to main content

Tahun lepas, Xiaomi mengumumkan yang mereka kini mempunyai pasukan pembangun khas untuk membangunkan permua. Pasukan pembangun ini adalah daripada pasukan yang membangunkan Pocophone F1, bekerjasama bersama-sama dengan pembangun lain. Pasukan ini adalah Poco Game Development Academy (Poco GDA).

Hari ini, permua pertama daripada Poco GDA dilancarkan secara rasmi – Fantasy Glider. Permua ini boleh dimainkan dengan satu jari sahaja dan pemain perlu mengawal kapal terbang kertas dan mengumpul ikon petir untuk mengumpul mata dan pastikan kapal terbang kertas ini sentiasa terapung.

Permua ini dibangunkan menggunakan enjin Unity dan pemain turut boleh selarikan dengan akaun Google untuk simpan data seperti skor dalam Google Play Games. Fantasy Glider adalah percuma untuk dimainkan dan boleh dimuat turun bermula hari ini.

[download] Muat Turun Fantasy Glider [/download]

Leave a Reply