Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Mac 2019 Diumumkan – Menyertakan Call Of Duty Modern Warfare Remastered Dan Action Henk

Permainan Percuma Playstation Plus Bulan Mac 2019 Diumumkan – Menyertakan Call Of Duty Modern Warfare Remastered Dan Action Henk

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini akhirnya mengumumkan permainan percuma buat pelanggan Playstation Plus bagi bulan Mac 2019 ini untuk pelanggan Malaysia.

Ini juga merupakan bulan pertama untuk langganan Playstation Plus yang tidak lagi menyertakan permainan di Playstation 3 dan Playstation Vita seperti yang diumumkan oleh Sony sebelum ini.

Kali ini, Sony membawa 2 permainan untuk pelanggan Playstation Plus. Bermula 7 Mac 2019 sehingga 3 April 2019 ini. Permainan yang disertakan adalah:

  • Call Of Duty Modern Warfare Remastered (PS4)
  • Action Henk (PS4)

Selain itu, Sony juga menyertakan tema khas Playstation 4 Toro khas dan juga permainan Shake That Controller yang disertakan bulan lepas.

Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan percuma Playtation Plus bagi bulan Februari anda boleh memuat-turunnya sehingga 6 Mac ini.


TIPS & ULASAN