Razer hari ini merasmikan ibu pejabat baharu mereka yang bertempat di Bangsar South. Perasmian tersebut dihadiri oleh pengasas Razer Min-Liang Tan, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng dan Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq.

Ibu pejabat tersebut akan memfokuskan operasi teknologi kewangan (Fintech) mereka di antaranya adalah Razer Pay yang makin berkembang selepas pengambilalihan MOL Global pada tahun lepas. Setakat ini, ibu pejabat tersebut mempunyai lebih 280 pekerja.

Selain itu, Min-Liang Tan juga menegaskan dengan pembukaan ibu pejabat di Malaysia memperlihatkan komitmen mereka untuk membangunkan industri e-sukan Malaysia.

Beliau juga mengumumkan sebagai penaja utama untuk Sukan Asia Tenggara 2019, Razer juga akan menyokong pasukan Malaysia di kejohanan tersebut. Dickson Kong iaitu ketua pelaburan UOA juga mengumumkan sokongan mereka untuk pasukan Malaysia di Sukan Asia Tenggara 2019 nanti.

Tahniah kami ucapkan kepada Razer atas pembukaan ibu pejabat baharu ini dan berharap Razer akan menggalakkan lagi industri e-sukan di Malaysia.

Sohor Kini