Informasi Permainan Video Terkini
Sekuel Aquaman Akan Ditayangkan Pada 16 Disember 2022 – Black Manta Kembali?

Sekuel Aquaman Akan Ditayangkan Pada 16 Disember 2022 – Black Manta Kembali?

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Aquaman adalah filem DC yang paling popular setakat ini. Populariti filem ini secara tidak langsung menjadikan filem ini adalah filem DC dengan kutipan paling tinggi setakat ini.

Sekuel filem ini, iaitu Aquaman 2 (tajuk rasmi masih belum diumumkan) kini menerima tarikh tayangan. Ia akan ditayangkan pada 16 Disember 2022, iaitu 3 tahun lagi. Dalam tempoh tiga tahun sebelum sekuel ini ditayangkan, kita mungkin akan lihat satu filem khas mengenai Trench. Trench adalah raksasa laut yang ganas yang bertempur dengan Aquaman ketika mencari trisula yang dimiliki Raja Atlantis. Filem Trench ini mungkin adalah filem seram khas yang mungkin akan diarah oleh James Wan.

Kami menjangkakan, sekuel Aquaman ini akan mengisahkan Black Manta akan kembali untuk membalas dendam. Beliau mungkin akan dibantu oleh Dr. Stephen Shinn yang obses dengan puak-puak Atlantis. Tahun 2020 masih lama lagi untuk tiba, jadi janganlah harap apa-apa, ini kerana filem-filem dunia DC setakat ini kelihatan agak serabut. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan


TIPS & ULASAN