Informasi Permainan Video Terkini
SNK Memperlihatkan Video Acah Baharu Buat Samurai Shodown

SNK Memperlihatkan Video Acah Baharu Buat Samurai Shodown

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Antara permainan perlawanan yang bakal tiba tahun ini dan juga tersenarai di dalam kejohanan permainan perlawanan EVO 2019, Samurai Shodown kini menerima satu video acah baharu. Permainan tersebut dikenali sebagai Samurai Spirit di pasaran Jepun.

Melalui video acah tersebut, SNK memperlihatkan bentuk permainan sebilangan watak-watak yang bakal tiba buat permainan tersebut. SNK juga memperlihatkan kemahiran serangan watak-watak tersebut yang pasti membuat peminat asal Samurai Showdown menyukainya.

Buat masa ini, watak yang disahkan bakal tiba di permainan ini adalah:

  • Haohmaru
  • Nakoruru
  • Genjuro Kibagami
  • Ukyo Tachibana
  • Earthquake
  • Jubei Yagyu
  • Galford
  • Charlotte
  • Hanzo Hattori
  • Tam Tam
  • Kyoshiro Senryo

Samurai Shodown dijadualkan bakal tiba tahun ini sekitar awal musim panas antara bulan Jun hingga September ini di Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC.


TIPS & ULASAN