Game Mania, iaitu satu kedai permainan video di Belanda dan Belgium hari ini mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan berkas Playstation 4 Pro edisi permainan Sekiro: Shadows Die Twice.

Konsol tersebut akan dilancarkan secara terhad sahaja dimana pelanggan perlu memenanginya dengan cabutan bertuah untuk setiap pra-tempahan permainan Sekiro: Shadows Die Twice di Playstation 4.

Dukacitanya, konsol tersebut terhad di pasaran Belgium dan Belanda sahaja dan buat masa ini, Activision mahupun Sony tidak berkongsi sebarang informasi berkenaannya buat pasaran global.

Kami di Aksiz juga tidak pasti sama ada konsol ini adalah konsol terhad rasmi oleh Sony ataupun tidak, namun berdasarkan rekaan yang diperlihatkan di atas, ianya sememangnya mempunyai rekaan sangat unik dengan ukiran kayu bersama tulisan Jepun Sekiro yang sangat menawan.

Walaupun begitu, bagi anda pelanggan dari Malaysia, anda masih lagi berupaya untuk membuat pra-tempahan permainan Sekiro: Shadows Die Twice dengan pelbagai edisi terhad yang bakal tiba Mac ini. Informasi lanjut berkenaannya anda boleh melayari pautan ini.

Sohor Kini