Informasi Permainan Video Terkini
Rakaman Godzilla vs Kong Tamat – Bakal Ditayangkan Pada Tahun 2020

Rakaman Godzilla vs Kong Tamat – Bakal Ditayangkan Pada Tahun 2020

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Godzilla vs Kong adalah sekuel kepada filem yang bakal ditayangkan bulan Mei kelak, Godzilla: King of the Monster. Legendary dan Warner Bros. dilihat agak bersemangat dan aktif dalam pembangunan filem ini. Godzilla vs Kong telah memulakan rakamannya pada November tahun lepas dan hari ini, rakaman buat filem ini tamat.

Dari judul filem kita sudah tahu, yang mana Godzilla dan King Kong akan bertempur antara satu sama lain. Jika dalam filem Godzilla: King of the Monster, Godzilla adalah yang paling berkuasa (berdasarkan tajuk) adakah Godzilla boleh menang jika bertempur dengan King Kong. Mana satu yang baik Godzilla atau King Kong?

Seperti yang pernah kami beritahu sebelum ini, Godzilla vs Kong dan filem-filem sebelumnya berada dalam dunia MonsterVerse dan raksasa-raksasa ini diuruskan oleh satu organisasi yang digelar MONARCH. Ia adalah seperti S.H.I.E.L.D dalam Marvel dan MonsterVerse adalah seperti dunia MCU. Godzilla vs Kong akan hadir ke pawagam bermula tahun 2020 kelak dan Godzilla: King of the Monster akan ditayangkan pada 31 Mei kelak.


TIPS & ULASAN