Informasi Permainan Video Terkini
Informasi Lanjut Star Wars Jedi: Fallen Order Bakal Dikongsikan April Ini
PC

Informasi Lanjut Star Wars Jedi: Fallen Order Bakal Dikongsikan April Ini

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Bagi anda yang mengikut perkembang permainan Star Wars seterusnya oleh Respawn Entertainment dan EA, anda pasti mengetahui berkenaan permainan Star Wars Jedi: Fallen Order yang bakal tiba tahun ini.

Sememangnya, buat masa ini tidak banyak informasi yang dikongsikan oleh pembangun. Baru-baru ini juga EA mengumumkan mereka membatalkan satu permainan dunia terbuka Star Wars, permainan Star Wars Jedi: Fallen Order sememangnya menjadi satu tumpuan ramai peminat setelah kekecewaan permainan Star Wars: Battlefront II.

Terkini, melalui laman rasmi Star Wars, mereka berkongsi yang mana menjelang April kelak sempena acara Star Wars Celebration 2019 yang berlangsung di Chicago, Amerika Syarikat, mereka akan berkongsi informasi lanjut berkenaan permainan tersebut.

Melaluinya, permainan Star Wars Jedi: Fallen Order akan memfokuskan watak Padawan yang terselamat daripada ancaman Order 66 dan beliau perlu mengembara di angkasa selepas berlakunya kemusnahan Jedi. Menariknya, permainan tersebut akan memfokuskan bentuk permainan solo dan bentuk pandang ketiga.

Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, Star Wars Jedi: Fallen Order dibangunkan oleh Respawn Entertainment, dimana mereka adalah pembangun untuk siri permainan Titanfall dan juga permainan pertempuran royale yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini, iaitu Apex Legends.

Buat masa ini, hanya informasi tersebut sahaja dikongsikan dan sememangnya kami sebagai peminat Star Wars tidak sabar untuk mengetahui infromasi lanjut berkenaannya. Seperti biasa kami akan mengemaskini setelah EA dan Respawn Entertainment berkongsi informasi berkenaannya menjelang April kelak.


TIPS & ULASAN