Informasi Permainan Video Terkini
Ubisoft Berkongsi Informasi Lanjut Kandungan Tambahan Pasca-Pelancaran Buat The Division 2
PC

Ubisoft Berkongsi Informasi Lanjut Kandungan Tambahan Pasca-Pelancaran Buat The Division 2

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Seperti yang dijanjikan oleh Ubisoft, kandungan DLC tahun pertama bakal tiba secara percuma buat semua pemain apabila permainan The Division 2 dilancarkan kelak.

Terkini, mereka berkongsi satu video acah berkenaannya dimana mereka menyatakan setiap kandungan tersebut secara berepisod dan kandungan-kandungan lain yang bakal tiba.

Kandungan pertama yang diumumkan adalah kawasan Tidal Basin yang membenarkan pemain untuk terokai dengan kawasan yang dijajah oleh musuh Black Tusk. Selain itu, Operation Dark Hours juga adalah mod permainan yang memfokuskan bentuk multi-pemain seramai 8 pemain serentak. Kedua-dua DLC ini akan dilancarkan secara percuma sebaik sahaja permainan The Division 2 dilancarkan.

Tambahan itu, Ubisoft juga berkongsi pernambahan DLC seterusnya yang dibahagikan kepada episod dimana episod pertama bakal tiba sekitar Jun sehingga September tahun ini yang akan memfokuskan bentuk penceritaan tambahan yang mana juga bakal tiba secara percuma.

Melalui setiap episod tersebut, Ubisoft akan mengembangkan permainan tersebut dengan penceritaan dan kandungan baharu bersama-sama mod permainan baharu.

Ubisoft juga menyatakan bahawa mereka akan membawa 3 kelas Specializations buat permainan tersebut juga sebagai DLC pernambahan percuma bagi The Division 2. Kelas tersebut juga akan mengembangkan lagi bentuk watak pemain dengan pelbagai kemahiran baharu.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan tersebut, beta terbuka buat The Division 2 juga bakal berlangsung pada 1 hingga 4 Mac ini di kesemua platform yang ia bakal dilancarkan.

Tom Clancy’s The Division 2 dijadualkan untuk dilancarkan pada 15 Mac 2019 dan ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN