Informasi Permainan Video Terkini
Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Mac 2019 Diumumkan

Permainan Percuma Xbox Live Gold Bagi Bulan Mac 2019 Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 28, 2019 oleh .

Microsoft hari ini akhirnya mengumumkan permainan-permainan percuma yang bakal mereka sertakan untuk pelanggan Xbox Live Gold bagi bulan Mac ini yang mana ianya akan menyertakan dua permainan Xbox One, satu permainan Xbox 360 dan satu permainan Xbox.

Berikut adalah senarai permainan yang bakal tiba secara percuma buat pelanggan Xbox Live Gold:

  • Adventure TImes: Pirates Of The Enchiridion – Boleh ditebus dari 1 hingga 31 Mac
  • Plant VS Zombies Garden Warfare 2 – Boleh ditebus dari 16 Mac hingga 15 April
  • Star Wars Republic Commando – Boleh ditebus dari 1 hingga 15 Mac
  • Metal Gear Rising: Revengeance – Boleh ditebus dari 16 hingga 31 Mac

Xbox Live Gold merupakan langganan khas buat pengguna konsol Xbox yang mana ianya bermula dengan harga $9.99(~RM42) untuk sebulan dan $59.99(~RM252) untuk 12 bulan. Seperti Playstation Plus, langganan ini bukan sahaja akan menyertakan fungsi untuk bermain permainan secara atas-talian, malah Microsoft juga menyertakan permainan percuma untuk dimuat-turun setiap bulan.

Jangan lepaskan peluang anda untuk memuat-turun permainan-permainan tersebut menjelang Mac ini. Bagi anda yang masih belum memuat-turun permainan bulan Februari, anda masih lagi boleh memuat-turun sebahagian daripadanya hari ini.


TIPS & ULASAN