Skip to main content

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan permainan Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy tahun lepas, Capcom akhirnya mengumumkan tarikh pelancaran kompilasi permainan tersebut buat pasaran global iaitu ia bakal tiba pada 9 April 2019 ini.

Menurut Capcom, Phoenix Wright: Ace Attorney Trilogy bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC dengan harga $29.99(~RM123) secara digital. Menariknya, Capcom juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan pek bahasa dengan sokongan pelbagai bahasa dari bahasa Korea, Jerman dan sebagainya menjelang tahun ini.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, permainan kompilasi trilogi tersebut akan menyertakan 3 siri asal Ace Attorney iaitu Phoenix Wright: Ace Attorney, Phoenix Wright: Ace Attorney โ€“ Justice For All dan Phoenix Wright: Ace Attorney โ€“ Trials and Tribulations. Ketiga-tiga permainan sebelum ini dilancarkan di Nintendo DS beberapa tahun lepas. Kini dengan versi kompilasi ini, Capcom bakal menyertakan sebilangan pernaik-tarafan seperti sokongan fail penyimpanan yang lebih dan peningkatan visual.

Tambahan itu, bagi anda yang tidak sabar untuk bermain permainan ini, versi pasaran Jepun telah pun dilancarkan Februari lepas yang mana juga menyokong bahasa Jepun dan Inggeris. Bagi versi pasaran Jepun, Capcom juga melancarkan edisi fizikal untuk Playstation 4 dan Switch.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengembara bersama Phoenix Wright dan Maya Fey sebagai seorang peguam bermula April ini.

Leave a Reply