Informasi Permainan Video Terkini
Kostum Horizon Zero Dawn Bakal Tiba Di PUBG Khas Di Playstation 4

Kostum Horizon Zero Dawn Bakal Tiba Di PUBG Khas Di Playstation 4

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

PUBG Corp dan Guerilla Games hari ini mengumumkan kolaborasi khas yang mana mereka bakal membawa kostum daripada permainan Horizon Zero Dawn ke permainan PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) secara esklusif di Playstation 4.

Menurut PUBG Corp, kandungan tersebut hanya boleh didapatkan bermula 5 Mac sehingga 5 April sahaja. Sememangnya kandungan ini adalah esklusif buat pemain PUBG di Playstation 4 sahaja.

Melaluinya, PUBG Corp akan menyertakan 4 kostum menarik iaitu dan ianya boleh didapatkan dengan melakukan sebilangan misi cabaran yang tersedia. Antara kostum yang disertakan adalah:

  • Topeng Horizon Zero Dawn Eclipse Mask
  • Baju Horizon Zero Dawn Eclipse Top
  • Senjata Horizon Zero Dawn Eclipse Kar98k
  • Senjata Horizon Zero Dawn Pan

PUBG di Playstation 4 baru sahaja dilancarkan Disember lepas dan anda boleh membelinya dengan harga bermula RM111.


TIPS & ULASAN