Lanjutan daripada pengumuman Nintendo Direct Pokemon yang berlangsung sebentar tadi, Nintendo akhirnya mengumumkan permainan baharu Pokémon buat konsol Switch iaitu Pokémon Sword dan Pokémon Shield. Menurut Nintendo, permainan Pokémon tersebut bakal tiba penghujung tahun ini secara global.
Dari segi rantau, tampaknya kali ini Pokémon Sword dan Pokémon Shield akan memfokuskan rantau baharu iaitu Galar Region. Dari segi bentuk permainan pula, ianya kelihatan masih lagi mempunyai bentuk pertempuran secara turutan. Namun apa yang menarik minat kami adalah visual grafiknya yang kelihatan sangat menawan.
Dari segi senarai Pokémon baharu pula, buat masa 3 Pokémon permulaan untuk pemain telah pun diumumkan iaitu Grookey, Scorbunny dan Sobble. Seperti permainan Pokémon sebelum ini, ketiga-tiga Pokémon tersebut akan memfokuskan elemen yang berbeza dimana Grookey adalah elemen daun, Scorbunny adalah api dan Sobble adalah air.
Bagi anda yang ingin menonton pengumuman Nintendo Direct tersebut, anda boleh menontonnya dibawah.
Buat masa ini, hanya informasi ini sahaja yang dikongsikan oleh Nintendo dan seperti biasa, kmi akan kongsikan pelbagai lagi informasi lain setelah ianya diumumkan kelak.