Informasi Permainan Video Terkini
Tencent Instant Play – Servis Penstriman Permainan Video Oleh Tencent Dan Intel

Tencent Instant Play – Servis Penstriman Permainan Video Oleh Tencent Dan Intel

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Sememangnya penstriman permainan bukanlah sesuatu yang baru malah Microsoft sebelum ini juga melaporkan bahawa mereka kini sedang membangunkan servis penstriman permainan video, iaitu xCloud.

Terkini, tampaknya syarikat besar di China, Tencent juga berminat untuk meneraju industri tersebut dimana hari ini mereka mengumumkan bahawa mereka bekerjasama bersama Intel untuk membawa servis penstriman permainan, iaitu Tencent Instant Play.

Menurut Daniel Ahmad, iaitu penganalisa permainan video dari Niko Partners, beliau menyatakan bahawa servis ini akan tiba di PC dan telefon pintar. Menariknya, servis ini tampaknya berupaya untuk menstrimkan permainan dengan resolusi 1080p dengan kadar bingkai sesaat sebanyak 60FPS.

Selain itu, Daniel Ahmad juga menyatakan bahawa Tencent dan Intel bakal berkongsi satu sesi khas berkenaannya di GDC (Games Developers Conferences) 2019 yang bakal berlangsung Mac ini di Amerika Syarikat.

Buat masa ini tidak banyak informasi yang diperlihatkan, namun ianya kelihatan sedang didemonstrasikan dengan permainan Monster Hunter World. Seperti biasa kami akan mengemaskini jika terdapat sebarang informasi lanjut berkenaannya.

Anda juga boleh membaca pendapat kami berkenaan perkhidmatan penstriman permainan video oleh penulis kami Izzat, dibawah.


TIPS & ULASAN