Informasi Permainan Video Terkini
DLC Pernambahan Kingdom Hearts 3 Disahkan Bakal Tiba Tahun Ini

DLC Pernambahan Kingdom Hearts 3 Disahkan Bakal Tiba Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Kingdom Hearts 3 sememangnya salah satu permainan yang sangat dinantikan oleh peminat dan ianya akhirnya dilancarkan pada Januari lepas di Playstation 4 dan Xbox One.

Namun, kami sendiri di Aksiz agak kecewa dengan permainan tersebut dimana ianya mempunyai penceritaan yang agak terhad dan seolah ianya dipotong.

Terkini melalui laporan KH13, Tetsuya Nomura iaitu pengarah permainan tersebut menyatakan bahawa Square-Enix sememangnya sedang membangunkan pernambahan DLC buat permainan tersebut.

Menurut beliau melalui temu bual bersama Dengeki Playstation, Tetsuya Nomura menyatakan bahawa DLC permainan tersebut akan menyertakan tahap kesukaran yang lebih sukar dan pada masa yang sama perkembangan penceritaannya. Antara penceritaan yang tidak terjawab berkenaan satu watak yang terdapat di dalam permainan tersebut juga akan dikembangkan melalui DLC tersebut.

Buat masa ini, informasi lanjut berkenaannya masih belum diumumkan, namun menurut beliau lagi, DLC pernambahan tersebut akan dilancarkan secara berperingkat dengan DLC percuma dahulu dalam masa terdekat ini bersama-sama DLC berbayar yang mana ia bakal tiba pada penghujung tahun ini.

Sememangnya ini adalah satu perkara yang tidak mengejutkan memandangkan ketika ulasan saya sendiri, saya mendapati bahawa terdapat beberapa penceritaan permainan yang tidak diterangkan dengan baik. Malah dengan jumlah edaran yang tinggi, sudah pasti Square-Enix akan melancarkan lagi kandungan baharu buat permainan tersebut.

Kingdom Hearts 3 merupakan permainan aksi RPG yang dibangunkan oleh Square-Enix di konsol Playstation 4 dan Xbox One. Permainan tersebut mendapat sambutan ramai dengan bentuk rentas-francais antara watak Disney dan Square-Enix dan kami di Aksiz juga telah pun membuat-ulasannya dimana anda boleh membaca atau menontonnya dibawah.


TIPS & ULASAN