Skip to main content

Gravity Co Ltd, iaitu pembangun terkenal dengan permainan Ragnarok Online hari ini mengumumkan bahawa mereka melancarkan permua baharu buat peranti Android, iaitu Miracle Pororo.

Miracle Pororo merupakan permainan mudah-alih yang berdasarkan animasi Pororo The Little Penguin. Melalui permua ini, ianya akan memfokuskan bentuk RPG yang ringkas dan pemain berupaya untuk bertempur dengan musuh, melakukan misi dan juga menghasilkan pelbagai jenis kelengkapan senjata.

Permainan ini sebelum ini dilancarkan secara terhad di Malaysia dan kini ianya akhirnya tiba secara global buat peranti Android. Namun, bagi pengguna peranti iOS, Gravity menyatakan ianya bakal tiba pada Mac ini.

Bagi anda yang berminat, anda boleh muat-turunnya sekarang secara percuma di Google Play Store dibawah.

[download] Muat-Turun: Miracle Pororo [/download]

Leave a Reply