Skip to main content

Filem animasi terbaik bagi kami adalah Spider-Man Into The Spider-Verse. Kehebatan filem animasi lelaki labah-labah ini menyebabkan ia memenangi anugerah animasi terbaik di acara Golden Globes dan Oscar.

Atas permintaan ramai, filem yang sudah hampir 3 bulan berada di pawagam ini – ia masih lagi ditayangkan di beberapa pawagam terpilih. Tetapi, bagi yang menyokong filem ini – pasti ingin dapatkan salinan digital yang sah dan halal. Apple dan Google telah mula menjual versi digital filem animasi Spider-Man Into The Spider-Verse.

Salinan digital ini turut menawarkan resolusi 4K dan yang paling menarik adalah – adegan-adegan dan babak-babak yang telah dipotong/disunting turut akan disertakan. Antara babak yang dimasukkan adalah kisah Spider-Ham dalam dunia beliau, mod Alternate Universe, di sebalik tabir dan banyak lagi.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut;

[download] Beli Di Apple iTunes Store [/download]

1) RM44.90 – Standard Definition
2) RM49.90 – 4K

[download] Beli Di Google Play Movies [/download]

1) RM70 – Standard Definition
2) RM94 – HD (4K)

Di iTunes, adegan-adegan tambahan atau ‘iTunes Extra’ sudah pasti ada kerana kami di Aksiz telah membelinya. Versi di Play Movies masih menjadi misteri, jika tiada kandungan tambahan – ia agak mahal dan tidak berbaloi

Kenapa beli versi digital? Tidak semua orang memiliki PS4, pemain Blu-Ray atau televisyen 4K. Jadi versi digital adalah alternatif. Kami pula, beli versi digital kerana versi Blu-Ray yang kami tempah hanya akan dihantar bermula pertengahan Mac kelak.

Leave a Reply