Informasi Permainan Video Terkini
Johnny Cage Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Mortal Kombat 11

Johnny Cage Diumumkan Sebagai Watak Seterusnya Untuk Mortal Kombat 11

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Johnny Cage ataupun nama sebenar beliau John Carlton sudah tidak asing lagi bagi peminat permainan Mortal Kombat. Hari ini, IGN mempertontonkan video untuk beliau yang mengesahkan watak tersebut akan disertakan di dalam Mortal Kombat 11.

Sebagai seorang pelakon, pergerakan Fatality beliau boleh dikatakan sangat bersesuaian kerana memperlihatkan bagaikan beliau sedang berlakon sambil menumbuk lawan. Maklumat lanjut untuk watak ini akan dikongsi kan semasa KombatKast yang akan berlangsung pada pagi esok.

Mortal Kombat 11 merupakan permainan perlawanan yang dibangunkan oleh NetherRealm Studio. Melalui permainan terkini ini, mereka akan menyertakan pelbagai kandungan baharu seperti pengubah-suai watak, penceritaan baharu dan pelbagai bentuk ganjaran permainan. Ia bakal tiba di Playstation 4, Xbox One, Switch dan PC pada 23 April 2019.


TIPS & ULASAN