Skip to main content

Pertengahan bulan ini, kami melaporkan yang Stardew Valley untuk android kini boleh di pra-daftar, hari ini tarikh pengeluaran untuk permainan tersebut akhirnya diumumkan iaitu 14 Mac 2019.

Buat masa ini harga untuk versi android masih tidak diperlihatkan akan tetapi kami menjangkakan ia adalah sama dengan versi iOS iaitu dalam lingkungan RM35.

Versi iOS menyokong untuk pemain membawa fail simpanan daripada versi PC ke versi mudah alih tersebut. Walaupun buat masa ini mereka hanya memperlihatkan cara untuk memindah ke iOS, selepas versi android dikeluarkan nanti ia sudah semestinya akan turut menyokong fungsi tersebut.

[info]Pra-daftar: Stardew Valley (Android)[/info]

Leave a Reply