Informasi Permainan Video Terkini
Capcom Berkongsi Video Perbincangan Pembangun Khas Sempena Kejayaan Resident Evil 2

Capcom Berkongsi Video Perbincangan Pembangun Khas Sempena Kejayaan Resident Evil 2

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Resident Evil 2 sememangnya merupakan satu permainan olahan yang sangat menarik oleh Capcom dimana kami sendiri di Aksiz amat menyukai permainan tersebut. Tambahan itu, Capcom juga baru-baru ini melancarkan DLC percuma buat permainan tersebut iaitu The Ghost Survivor.

Permainan tersebut juga mendapat jumlah edaran melebihi 3 juta salinan dengan hanya seminggu sejak ianya dilancarkan dan terkini ianya mencapai melebihi 4 juta salinan dan sememangnya antara siri permainan Resident Evil yang terbaik.

Bersempena dengan itu, Capcom hari ini berkongsi satu video khas yang memperlihatkan pembangun-pembangun permainan tersebut berbincang berkenaan pembangunan permainan Resident Evil 2. Dengan tajuk Resident Evil 2 Roundtable, video tersebut memperlihatkan pembangun-pembangun seperti Penerbit, pereka teknikal, pereka antaramuka dan sebagainya.

Mereka juga memperlihatkan sebilangan bentuk rekaan awal permainan tersebut dan pada masa yang sama proses pembangunan yang pasti buat anda yang meminati permainan asal Resident Evil 2 menghargai proses pembinaan permainan tersebut.

Buat masa ini video tersebut hanya mempunyai bahagian satu sahaja dan menurut Capcom ianya akan disambung dengan bahagian kedua kelak. Sememangnya ianya adalah satu video yang sangat mengasyikkan dan menarik buat mereka yang ingin mengetahui lebih banyak informasi di sebalik takbir permainan ini.

Resident Evil 2 telah dilancarkan pada 25 Januari 2019 lepas di Playstation 4, Xbox One dan PC.


TIPS & ULASAN