Dead Cells adalah permainan aksi platformer yang dibangunkan oleh oleh Motion Twin buat konsol Playstation 4, Xbox One, Switch dan juga PC. Permainan tersebut dilancarkan tahun lepas dan mendapat sambutan ramai dengan bentuk permainannya yang menarik dan sukar. Permainan ini juga mendapat sambutan yang baik buat pemain di Switch.
Terkini, pembangun permainan tersebut iaitu Motion Twin mengumumkan bahawa mereka akan membawa DLC baharu buat permainan tersebut dan menurut mereka ianya merupakan DLC yang sangat besar dengan jumlah pembangunan mencapai 9 bulan.
Selain itu, dengan kerjasama Red Bull Gaming, mereka juga berkongsi satu video khas yang memperlihatkan budaya kerja pembangun permainan tersebut, iaitu Motion Twin dengan proses perubahan pembangun permainan daripada permainan percuma kepada permainan Dead Cells. Mereka juga memperlihatkan keadaan studio pembangun dan pekerja-pekerja mereka.
Berkenaan DLC tersebut, buat masa ini Motion Twin masih belum berkongsi sebarang tarikh pelancarannya, namun kami percaya ianya bakal tiba dalam masa terdekat ini.