Saber Interactive hari ini memperlihatkan video acah baharu buat permainan penembak zombi World War Z yang mana ianya memfokuskan musuh zombi yang bakal pemain tempuhi.
Dengan penggunaan enjin permainan Saber Swarm Engine, permainan ini akan menyertakan bentuk pertempuran yang memfokuskan sejumlah zombi yang sangat tinggi dan pemain bukan sahaja akan bertempur bersama zombi, malah pemain juga akan bertempur dengan pemain lain melalui bentuk PvPvZ.
Seperti yang dikongsikan oleh kami sebelum ini, World War Z akan dilancarkan di Playstation 4, Xbox One dan PC (Melalui Epic Games Store) pada 17 April 2019 ini.