Informasi Permainan Video Terkini
Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom – DLC The Tales Of A Timeless Tome Diumumkan
PC

Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom – DLC The Tales Of A Timeless Tome Diumumkan

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Seperti yang diumumkan oleh Bandai Namco sebelum ini, DLC seterusnya buat permainan Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom akhirnya diumumkan secara rasmi iaitu The Tales Of Timeless Tome.

Menurut Bandai Namco, DLC tersebut akan dilancarkan pada 19 Mac 2019 ini buat mereka yang membeli pas musim permainan tersebut. Ianya juga akan dijual secara berasingan dengan harga $14.99(~RM61).

Melalui DLC ini, pemain akan mengembara penceritaan baharu bersama Evan dimana pemain perlu menyiasat satu arnab misteri yang memakai pakaian Tuxedo. Menariknya, DLC ini juga akan memperkenalkan bentuk pentempuran baharu iaitu Wizard’s Companion dan ianya adalah berasalkan permainan Ni No Kuni: Wrath Of The White Witch. Selain itu, DLC juga akan menyertakan pelbagai barangan dan ganjaran baharu khas buat permain.

Menurut Bandai Namco, DLC ini pasti akan memberi lebih banyak kandungan penceritaan yang akan membuat peminat gembira dan pada masa yang sama menyelami penceritaan permainan ini dengan lebih mendalam. DLC Ini juga dikatakan merupakan DLC kedua terbesar buat permainan tersebut.

Ni No Kuni 2: Revenant Kingdom merupakan permainan JRPG yang dibangunkan oleh Level-5 dan dilancarkan oleh Bandai Namco. Ianya telah pun dilancarkan di Playstation 4 dan PC tahun lepas.


TIPS & ULASAN