Skip to main content

Sejak tahun lepas, Microsoft melalui perniagaan permainan video mereka turut memberikan fokus kepada PC. Kebanyakan permainan mereka yang dikeluarkan secara eksklusif untuk Xbox One turut dikeluarkan untuk PC.

Berdasarkan laporan oleh Thurrott, tampaknya Microsoft melangkah satu lagi tapak ke depan bagi menyokong PC. Berdasarkan kemaskini Windows Insider baharu untuk Windows 10, mereka memberikan pengguna peluang untuk mencuba State of Decay.

Itu bukanlah satu perkara yang menarik, terutama State of Decay juga dikeluarkan untuk PC. Namun, yang menjadikan ia satu perkara yang menandakan sesuatu yang besar adalah apabila pengguna memuat turun permainan tersebut bukan daripada pelayan serverdl.microsoft.com seperti permainan PC yang lain, sebaliknya ia dimuat turun daripada assets1.xboxlive.com. Dengan kata lain, pengguna tidak bermain permainan tersebut untuk versi PC akan tetapi versi Xbox One.

Selain itu, terdapat juga aplikasi Gaming Service yang memasang dua drivers iaitu xvdd.sys dan gameflt.sys yang mempunyai dua untuk Durango. Durango merupakan nama kod untuk Xbox One.

Buat masa ini ia sekadar anggaran sahaja dan tiada pengesahan daripada pihak Microsoft. Namun, jika benar Microsoft memudahkan pemain di PC untuk bermain permainan Xbox One ia adalah satu perkara yang besar untuk platform PC.

Leave a Reply