Informasi Permainan Video Terkini
The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel Buat Playstation 4 Bakal Tiba Mac Ini

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel Buat Playstation 4 Bakal Tiba Mac Ini

Diterbitkan pada Feb 27, 2019 oleh .

Sebelum ini, Falcom dan XSEED Games mengumumkan bahawa mereka akan membawa permainan The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel ke pasaran global buat konsol Playstation 4.

Kini, tarikh pelancaran untuk permainan pertama tersebut akhirnya diumumkan yang mana ianya bakal tiba pada 26 Mac ini. Menariknya, mereka juga akan menyertakan sebilangan pernambah-baikkan buat permainan tersebut.

The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel sebelum ini dilancarkan di Playstation 3 dan Playstation Vita beberapa tahun lepas. Ianya kemudian mendapat versi pernambah-baikkan di Playstation 4 namun ianya hanya dijual di pasaran Jepun sahaja.

Terkini, melalui versi global, Falcom menyatakan bahawa mereka akan menyertakan versi permainan ini dengan dwi-bahasa dan juga beberapa pernambah-baikkan seperti sokongan resolusi 4k dan 60FPS bersama-sama dengan fungsi mempercepatkan perlawanan dan pengembaraan.

Seperti yang dilaporkan oleh kami sebelum ini, XSEED Games juga akan melancarkan edisi khas yang iaitu The Legend Of Heroes: Trails Of Cold Steel Decisive Edition dan ianya akan menyertakan permainan tersebut, bersama-sama dengan koin replika 50 Mira khas. Selain itu, ianya juga akan menyertakan cakera muzik latar bersama-sama dengan bekas besi khas dan buku manual komik khas.

Permainan tersebut akan dijual secara digital dengan harga $39.99(~RM163) manakala edisi khas tersebut dijual dengan harga $49.99(~RM204).

Bagi anda yang meminati siri permainan JRPG The Legend Of Heroes, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan menjelang Mac ini khas di Playstation 4.


TIPS & ULASAN